Okay where was I? ha lupa saya geram sangat tadi. Sebenarnya saya baru bergaduh dengan adik "Tersayaangggg". Ihhh tak tahu kenapa sekarang dia dah pandai menipu tau. Hari ni dah tah berapa kali saya kena dummy dengan dia. Antara kes penipuan yang dapat saya kesan ialah masa nak guna DVD Player. Dia cakap DVD tuh rosak sebab tak keluar gambar plus takda bunyi. Saya tanyalah dia pernah usik ke wayar nak sambung DVD tu tapi dia cakap takda. Takpernah usik pun. Right. Habis tu siapa pulak yang tukar tempat wayar tu dan sambungkan dekat tempat lain? Takkan ayah&mama kot? Lepas confirm bukan mama or ayah yang tukar baru dia buat confession dia ada tukar sebab nak pasang Wii. Lupa kononnya. Ish geramnya. Ni tak masuk lagi tah berapa kali dia guna phone saya andd pasal dia makan Dentyne Splash saya senyapsenyap. Kalau nak tak reti-reti ke nak mintak? Ini tak hampir separuh dia tibai. grrr. Bila tanya dia buat muka oh-saya-tak-bersalah nya dengan berkata, "Izzat amik satu je". Ya ALLAH sabar je lah anak orang ni. Kan orang duludulu pernah cakap, "siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lamalama mencuri." Haa cukup peribahasa untuk hari ini. Saya bukan lah berkira sangat pasal tu tapi the point is, SAYA TAK SUKA DITIPU! Faham?-______________________-''
Dah lah malas nak cakap pasal budak tu lagi. So overall hari ni biasa je kot? Pagi tadi bangun, breakfast roti canai telur yang dah lama tak makan (tapi tak habis pun) , then ayah suro siap nak pergi Seremban 2. Nak lihat rumah sewa katanya. Siapsiap then plan ingat nak ajak FLMP clan pergi JJ tapi tak jadi since semuaorang busy. Takpa lah. Sempat lunch dekat JJ jugak tadi. Masa tengah makan tu tibatiba ternampak satu couple ni. Usha boyfriend dia.Ya Allah! Comelnyaa! (background music lagu Girlfriend by Avril Lavigne). Haha. Dah cukup tuh Fify. Alah sekali sekala TERusha boyfriend orang. Betul tak sengaja ;p Proceed nak balik singgah kedai CD (sempat gaduh dengan adik either nak beli DVD Naruto or cerita UP, last-last beli dua-dua) lepas tu terserempak dengan Mr. Tough Guy (kalau lah dia baca blog ni.uh ohhh ;p) borakborak sekejap then terus pergi tengok rumah. Sampaisampai je tengok MasyaALLAH dahsyatnye? Orang ni siap tinggalkan surat saman dia lagi. Wahwah sukahati je lari macam tu? Masuk rumah tu tengok keadaan sekeliling (ada gaya YB lawat tapak projek) tak tahan tengok messy sangat keluar lepak dalam kereta sambil makan apple. he. Balik.
Balik rumah tadi ingatkan nak terus tulis blog sebab rasa idea mencurah-curah bak chocolate yang mencurah ke ladang gandum (iklan Coco Crunch), tapi tibatiba tak boleh nak log in dekat blogspot. Mulamula ingat salah email or password but then bila confirmkan dekat Zaza betul pulak. Ihh saja nak tambahkan tension. Dah berpuluhpuluh kali try baru dapat. grr. Apo masalah ekau ni? (ha kan dah speaking). Bila nak buat post terus idea kering sebab mungkin semua idea tadi habis tercurah ke luar.Tsk.Takpalah laterlater saya bagi post yang menarik sikit okay? Maaf kerana buat anda semua bosan. Post hari ini lebih berbentuk kepada luahan perasaan yang terpendam di lubuk hati (wah BM kuhebat ;p). Okay saya pun dah bosan. See ya when i see you!
Taa!
Kakak yang baik,
Fify
Fify

































